fbpx
Politik

Wanita PKR Johor pula umum keluar parti

NAIB Ketua Wanita Johor Nor Ashidah Ibrahim mengetuai 303 kepimpinan Wanita peringkat bahagian keluar daripada PKR hari ini.

Selain Nor Ashidah, turut mengumumkan keluar parti ialah, bendahari Wanita PKR Johor, Siti Noraini Md Jani hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan FMT, Tindakan keluar parti juga diambil kerana mereka marah dengan tindakan yang dikenakan ke atas pemimpin utama Wanita PKR yang memenangi pemilihan parti, termasuk ketua sayap di peringkat pusat dan negeri.

“Keputusan dibuat setelah hilang kepercayaan kepada tampuk pimpinan PKR dengan mengambil kira contoh tindakan pengantungan ketua Wanita pusat, Haniza Talha dengan alasan tidak munasabah.

“Perkara sama berlaku kepada ketua Wanita PKR Johor, Rahamizon Abdul Ghani dan timbalan ketua Wanita negeri Tan Poh serta teman seperjuangan lain yang dikenakan tindakan pemecatan dan pengantungan tanpa sebab dan dengan alasan tidak berasas,”katanya merujuk kepada Haniza yang digantung dan Rahamizon yang dipecat daripada parti,” kata Nor Ashidah.-SM


 

Show More

Related Articles

Back to top button