ParlimenPolitik

‘Ruling bod#$’ bikin Speaker marah, MP Kepong dihalau, digantung

MEMPERTIKAIKAN tindakan perintah yang dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat dengan perkataan ‘ruling bodoh’ menyebabkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng digantung.

Lip Eng daripada DAP sebelum itu digantung dua hari dan dihalau keluar dewan susulan membuat kenyataan sedemikian.

Bagaimanapun, beliau berdegil enggan mematuhi arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun  yang mengarahkan beliau keluar.

Malah, Azhar turut menggesa Setiausaha Dewan Rakyat memanggil pihak polis untuk memaksa Lip Eng keluar walaupun sudah diminta beliau dan diarahkan oleh Bentara Dewan Rakyat.

Keadaan itu menyebabkan sidang dewan kecoh sementara menanti perbahasan Belanjawan 2021 daripada Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beberapa Ahli Parlimen termasuk Bagan, Lim Guan Eng dan Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang membangkitkan persoalan terhadap Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung kenyataannya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah semalam.

Ahli Parlimen pembangkang termasuk Kulai, Teo Nie Ching bangkit meminta Azhar menggesa Menteri atau Timbalan Menteri Kesihatan mempertahankan Noor Hisham.

Ini kerana, pihak kementerian dilihat berdiam diri ketika Noor Hisham dikiritik dengan ayat ‘takut mati’ oleh King Sing dalam perbahasan Belanjawan 2021 semalam.

Keadaan menjadi tegang apabila Azhar meminta Ahli Parlimen memberikan usul kerana beliau tidak boleh mengarahkan menteri berbuat demikian susulan arahan sudahpun dikeluarkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Hal demikian juga menyebabkan Lip Eng bangkit mencelah dengan perkataan ‘ruling bodoh’ menyebabkan beliau digantung lima hari dan dihalau keluar dewan.

Beberapa Ahli Parlimen daripada parti kerajaan turut bangkit mempersoalkan tindakan pembangkang yang didakwa sengaja mengganggu masa perbahasan Dr. Mahathir. – SM

 

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button