Nasional

Mandi jenazah Covid-19 guna kaedah tayammum, kata Mufti Negeri Sembilan

JAWATANKUASA Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan sekirannya berlaku kematian akibat virus Covid-19 jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, prosedur tayammum itu boleh dilakukan hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut sahaja.

“Dalam keadaan sekiranya berlaku kematian akibat virus Covid-19 pengurusan jenazah hendakkalh dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10 hingga 11 Februari 2015.

“Mengenai Hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki atau Dijangkiti Virus Ebola di Malaysia iaitu sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada nyawa manusia yang boleh mengurus jenazah tersebut,” kata Mohd. Yusof dalam satu kenyataan.

Keputusan itu juga diambil berdasarkan taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang semalam.

Muzakafrah itu juga berpandangan semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat turut ditangguhkan di Negeri Sembilan selama 10 hari bermula esok.

Ini berikutan situasi penularan Covid-19 yang semakin kritikal susulan gelombang kedua selepas penemuan positif virus itu dalam kalangan 16,000 jemaah tabligh yang menghadiri Jodr Qudama dan Ulama Malaysia di Masjik Jamek Sri Petaling.

“Dalam tempoh tersebut semua masjid dan surau dinasihatkan untuk membuat operasi pembersihan dan penyakuman sebagai langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan.

“Pelanjutan atau penamatan tempoh sepuluh hari berkenaan tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan,” kata Mohd. Yusof.

 

 

(Visited 1,332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button