fbpx
Berita

Wanita parah, kereta-van bertembung langgar paip air

Seorang wanita cedera parah apabila kereta dinaikinya bertembung dengan sebuah van sebelum kedua-dua kenderaan melanggar paip air utama di Jalan Kuala Kangsar – Sungai Siput.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.11 malam.

Menurutnya, kemalangan melibatkan van Toyota Hiace dan kereta Proton Iriz yang bertembung.

Beliau berkata, kemalangan menyebabkan kedua-dua kenderaan merempuh paip air utama Lembaga Air Perak (LAP) di tepi jalan.

“Seorang penumpang wanita yang menaiki kereta Proton Iriz cedera parah akibat tersepit manakala pemandunya, seorang wanita tidak tersepit.


“Pemandu van, seorang lelaki tidak tersepit.

“Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dàn menyerahkannya kepada pihak ambulans,” katanya.

Gambar Ihsan JBPM

Sumber Perak Gazette

Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button