Nasional

Wanita pandu lawan arus langgar tiga kenderaan

TINDAKAN seorang wanita yang memanda keretanya secara lawan arusd telah menyebabkan kemalangan membabitkan tidak kenderaan lain di susur Jalan Perusahaan Perai di Bukit Mertajam petang semalam.

Dalam kajadian pada pukul 6 petang itu pemandu wanita tersebut memandu keretanya secara melawan arus menyebabkan kenderaan lain yang terlibat tidak sempat untuk mengelak.

Seorang wanita memandu keretanya secara melawan arah lalu melanggar tiga kenderaan lain termasuk sebuah motosikal dalam kejadian di susur Jalan Perusahaan Perai di sini kira-kira jam 6.20 petang Ahad.

“Kereta wanita tersebut melanggar dua buah kereta dipandu lelaki masing-masing berusia 26 dan 29 tahun, selain melanggar seorang penunggang motosikal berusia 31 tahun yang datang dari arah bertentangan.

“Kesemua mereka tidak sempat mengelak lalu berlaku kemalangan. Kesemua mangsa termasuk wanita tersebut dibawa ke hospital untuk rawatan kerana mengalami kecederaan kecil,” katanya Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad. – SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button