Nasionalpilihan

Peruntukan RM1.16 juta perkasa “Kampung Kita Keluarga RISDA”

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM 1.16 juta bagi melaksanakan agenda “Kampung Kita Keluarga RISDA” dalam  meningkatkan  inovasi serta penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan pengusaha getah dan usahawan di bawah agensi tersebut.

Menurut Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, agenda “Kampung Kita Keluarga RISDA” adalah usaha untuk memperkasa program Kampung Pengembangan yang diperkenalkan pada tahun 2010 untuk meningkatkan amalan pertanian yang baik (GAP) melalui teknologi bersesuaian.

“Program Kampung Pengembangan ini bertujuan menghasilkan model pembangunan setempat yang mempraktikkan amalan agronomi meliputi penggunaan teknologi terkini tanaman getah, mempertingkatkan inovasi dan program – program lain yang bersesuaian.

“Hasrat kita untuk mewujudkan sebuah pusat tumpuan (nukleus) kepada pihak kerajaan dan RISDA dalam menyampaikan segala bentuk maklumat dan penyebaran ilmu kepada masyarakat pekebun kecil di samping membudayakan inovasi.”

“Setiap pusat tumpuan tersebut akan diperuntukkan sejumlah RM 20,000.00.” Abdul Rahman berkata demikian di Majlis Hari Kualiti dan Inovasi RISDA Negeri Pahang. Turut hadir, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal.

Tambah beliau sejumlah RM160 ribu telah diagihkan bagi Negeri Pahang dan memberi manfaat kepada 9,600 pekebun kecil di negeri ini.

Abdul Rahman turut menyarankan supaya inovasi yang dihasilkan oleh RISDA ini turut dikongsi kepada agensi kerajaan berkaitan serta pekebun kecil agar ia memberi impak terutama dalam penjimatan kos dan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

Pada majlis tersebut, Abdul Rahman turut menyampaikan Anugerah Kualiti dan Inovasi kepada warga RISDA Negeri Pahang yang menunjukkan kualiti penghasilan kerja cemerlang dan penciptaan inovasi baharu.

Sebanyak 13 Anugerah Kualiti dipertandingkan manakala sembilan kumpulan menyertai Pertandingan Inovasi yang disertai oleh warga RISDA Negeri Pahang. – SM

Artikel berkaitan > RISDA bantu anak pekebun kecil dengan peruntukan RM800 ribu setahun

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button