Politik

Pas larang ahli sebarkan urusan dalaman parti

Parti Pas melarang semua ahli daripada membuat sebarang kenyataan umum berkaitan urusan dalaman parti sama ada melalui media, video atau audio.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia termasuk kenyataan berhubung dengan hal-hal berkaitan calon pilihan raya negeri (PRN).

“Dalam hal ini, setiap ahli perlu ingat bahawa proses pemilihan calon mewakili Pas bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat mengikut ketetapan dan peruntukan yang jelas dalam perlembagaan parti, bukannya atas desakan, tekanan serta pengaruh mana-mana pihak.

“Ia perlu melalui banyak peringkat merangkumi Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Jabatan Pilihan Raya dengan mengambil kira pandangan organisasi di semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujar beliau, sebarang kenyataan lebih-lebih lagi yang membawa risiko sokongan kepada parti berkenaan dan Perikatan Nasional (PN) perlu dihentikan segera bagi mengelakkan pihak berkuasa tatatertib terpaksa menjalankan prosiding.

Tambahnya, sebarang persoalan mahupun pertikaian dalaman parti perlu dibawa dan diselesaikan mengikut saluran yang betul.

“Pas bersama-sama rakan gabungan dalam PN yakin akan terus diberikan mandat oleh rakyat dalam PRN ini untuk terus mara berkhidmat di peringkat negeri dan negara,” katanya.

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button