Uncategorized

Hafiz Mahammad sekali lagi menaja 10 buah bas pulang beraya

Jika pada tahun lepas Usahawan terkenal Hafiz Muhammad pernah mengejutkan orang ramai menaja 6 buah bas untuk pulang beraya namun pada tahun ini sekali lagi Hafiz menaja 10 buah bas kepada yang memerlukan untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Hafiz yang juga merupakan pengasas kepada Ainaa Beauty turut menyediakan pemandu bas yang berusia 40 tahun ke bawah dan juga mempunyai pengalaman lebih 10 tahun daripada Kiffah travel and tours.

Usahawan itu tidak mengenakan sebarang bayaran buat mereka yang bakal menaiki bas tersebut sebaliknya, hanya meminta agar mereka mendoakan kejayaannya.

Dia juga meluahkan rasa syukur menerusi instagramnya kerana berpeluang dapat membantu golongan yang memerlukan dan berharap orang ramai mendoakan agar rezekinya sentiasa diperluaskan Allah.

Hafiz Muhammad

“Dalam 10 buah bas itu alhamdulillah dengan izin Allah raya tahun ini tiket kan kadang-kadang habis, mahal, mana tahu 10 bas ini dapat membantu sahabat-sahabat yang memerlukan.

“Jadi, Saya nak pergi mesyuarat, nak tengok apa perkembangan terkini.
Tahun ini Saya nak mudahkan dari segi pengurusan tiket itu, nanti memudahkan awak lah nak mendaftar.

“Saya nak pergi mesyuarat ni, doakan rezeki saya melimpah ruah tau,” luahnya.

Hafiz boleh dijadikan usahawan contoh membantu orang yang memerlukan semoga kejayaan terus bersinar.

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button