Berita

Wanita maut kemalangan kereta – van di Jalan Seri Iskandar – Parit

PARIT 9 Dis. – Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah van di Jalan Seri Iskandar – Parit di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 3.57 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Kemalangan melibatkan sebuah van jenis Nissan Vanette dan kereta Proton Gen-2. Kemalangan menyebabkan seorang wanita berusia 44 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang meninggal dunia merupakan penumpang kereta Gen-2. Kemalangan turut menyebabkan dua lelaki cedera parah,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

“Manakala seorang mangsa perempuan dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Perak Gazette

Gambar Ihsan JBPM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button