Nasional

Wanita maut digilis lori kontena selepas berhenti di lebuh raya

Seorang wanita yang berhenti di tepi jalan maut selepas sebuah lori kontena merempuhnya di KM235.6 Lebuhraya Utara-Selatan pagi tadi.

Difahamkan, dia terpaksa berhenti di tepi jalan selepas keretanya tiba-tiba mengalami beberapa masalah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.23 pagi dan sepasukan anggota bomba dari Kuala Kangsar dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, kemalangan itu membabitkan sebuah lori kontena dan sebuah kereta Honda Civic dinaiki tiga penumpang termasuk pemandu.

“Lori kontena itu melanggar bahagian tepi kereta dan wanita yang berdiri di sebelahnya.


“Dia maut serta-merta akibat kecederaan parah. Kedua-dua penumpang itu selamat tanpa cedera,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 6.02 pagi.

Jurucakap itu berkata, mayat wanita itu dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

(Visited 55 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button