Nasionalpilihan

Wanita maut digilis lori ketika berbasikal seorang diri

SEORANG wanita maut selepas digilis sebuah lori yang membawa muatan batu di Simpang Tiga Kampung Kilang Ubi, Sik Kedah kira-kira pukul 9 Pagi tadi.
Difahamkan, mangsa, Nor Naziran Jamaluddin, 42 menunggang basikal berseorangan dari arah Jeniang.
Sebuah lori batu dari arah Kg Begia dipercayai menyusur keluar dari simpang berkenaan dan menggilis mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Sik yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kaki maut di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat,” katanya.
Menurut Abdull Razak, pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan. -SM
(Visited 2,635 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button