Nasional

Wanita mangsa keganasan rumahtangga selamat lahirkan anak

WANITA hamil yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga, Jahidah Nordin, 43, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, malam tadi.

Adiknya, Fauziah Nordin, 40 memberitahu Jahidah menjalani pembedahan kecemasan kira-kira pukul 9 malam.

“Alhamdulillah Kak Jahidah telah lahirkan baby, pembedahan kecemasan pada pukul 9 malam. Esok kena ke hospital untuk tengok baby,” tulisnya pada hantaran di Facebook miliknya.

Menurut Fauziah, keadaan kakaknya berada dalam pemantauan 24 jam oleh petugas hospital.

Sejak 22 November lalu Jahidah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, HTJ tetapi keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat.

Doktor turut memaklumkan bahawa Jahidah bakal berhadapan pelbagai komplikasi respiratory distress (kesujkuran pernafasan), pendarahan, jangkitan kuman, cardiact arrest (jantung terhenti) dan kematian. -SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button