fbpx
Luar Negara

Wanita ludah pekerja KFC minta dibicara

SEORANG wanita meminta dibicarakan selepas berhadapan tuduhan berkelakuan tidak sopan termasuk meludah seorang pekerja restoran KFC.

Lin Si Ting, 42, hari ini menghadapi tiga pertuduhan apabila melakukan tindakan jenayah dengan meludah seorang pekerja sebuah restoran KFC dekat pusat beli-belah Nex di Serangoon, Singapura.

BACA > Curiga kesan lubang di kepala Allahyarham Nazrin – Kakak sulung — Suara Merdeka

Selain meludah, wanita tersebut juga dituduh menggunakan kata-kata kesat dan tidak memakai topeng penutup mulut dan hidung dengan betul.

Insiden tersebut berlaku kira-kira pada pukul 12.50 tengah hari 22 April lalu.

Si Ting dituduh berkelakuan sedemikian terhadap pekerja KFC, Beniga Analou Gomez.


“Aku tunggu kau mati, tunggu seluruh keluarga kau mati,” teriaknya ketika membeli makanan di restoran berkenaan.

Lantas, dia terus meludah pekerja terbabit sebanyak dua kali sambil penutup hidung dan mulutnya dibiar terbuka dan berada di bawah dagunya.

BACA > MAM harap SOP khas sukan permotoran diluluskan kerajaan — Suara Merdeka
BACA > Ekonomi berada pada landasan betul untuk pulih — Suara Merdeka

Bagaimanapun, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, Si Ting bertindak meminta kes berkenaan dibicarakan, namun enggan diwakili peguam.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, denda 1,500 Dolar Singpura (RM4,615) atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan penggunaan kata-kata kesat, Si Ting boleh dipenjara sehingga enam bulan, denda 5,000 Dolar (RM15,388).

Selain itu, penjara sehingga enam bulan, denda 10,000 Dolar (RM30,770) bagi kesalahan tidak memakai penutup hidung dan mulut dengan betul.

BACA > PKPP: “Terima kasih abang polis dan abang askar” — Suara Merdeka
BACA > Warga emas nyaris terperangkap dalam kebakaran — Suara Merdeka

Hukuman bagi kesalahan tidak memakai penutup hidung dan muka dengan betul dilihat wajar ketika negara berkenaan teruk dilanda serangan pandemik Koronavirus (Covid-19). – CNA

(Visited 5 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button