Politik

DAP masih berharap PKR sokong Dr. Mahathir

DAP masih berharap supaya PKR menyokong pemilihan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH) Plus.

Sokongan daripada PKR terus diharapkan walaupun Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudahpun menyatakan pendiriannya.

DAP dilihat menyedari hakikat apabila tidak mampu meraih sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat walaupun bersama Amanah dan kumpulan Dr. Mahathir.

Dengan sokongan semasa yang diperoleh, tanpa PKR, ternyata hasrat untuk menubuhkan kerajaan semula dan menjadikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak akan tercapai.

“Apabila Dr Mahathir dicalon sebagai bakal perdana menteri untuk PH, DAP dan Amanah bersetuju, tetapi PKR menolaknya.

BACA > Perlis laksana SOP solat lima waktu lebih longgar — Suara Merdeka

“Sehingga artikel ini ditulis, PKR masih kekal dengan pendirian tersebut.

“Pasti penyokong gabungan PH atau kini dikenali sekarang sebagai PH Plus, mahu satu penyelesaian yang terbaik untuk keadaan ini.”

Demkian memetik kenyataan yang diterbitkan portal pro DAP, Rocketkini mengulas konflik antara Anwar dan Dr. Mahathir berhubung perebutan jawatan Perdana Menteri ke-9.

Dalam masa sama, rencana tulisan B. Suffian itu, mengajak pemimpin PH mengimbau kembali kerjasama yang pernah dilakukan antara Dr. Mahathir dengan PH termasuk pertemuan dengan Anwar.

Kerjasama dan pertemuan itu disifatkan sebagai signifikan kerana membawa kemenangan kepada PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

BACA > Guna Lexus ES: Pemuda PH Perak dakwa MB Perak tidak sensitif — Suara Merdeka

“Saya ingin ucap terima kasih sendiri kepada (Datuk Seri) Anwar. Saya perlu hanya satu minit sahaja untuk berjumpa, tidak lebih. Tidak ada niat bercakap berkenaan politik.

“Itu kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad dua tahun lalu berhubung usahanya untuk menziarah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apabila Dr Mahathir dicalon sebagai bakal Perdana Menteri untuk PH, tiga parti bersetuju, tetapi PKR tidak membuat keputusan.

“Namun pada saat terakhir PKR bersetuju.

“Justeru, kita mengharapkan kedua-dua tokoh ini, yang mewarnakan persada politik negara sejak sekian lama, untuk mencari titik persamaan dalam memastikan kesinambungan mandat diberikan oleh rakyat pada PRU-14 dapat diteruskan,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Port Dickson itu menolak tawaran jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri selama enam bulan seperti dicadangkan DAP dan Amanah.

BACA > Dendam, ego, nafsu kuasa “PM 6 bulan” — Suara Merdeka

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi kemudian menolak cadangan enam bulan, sebaliknya memerlukan tempoh setahun sebagai Perdana Menteri. – SM

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button