Jenayah

Wanita kekal dibebas, dilepaskan tuduhan sebabkan kematian 8 remaja

Mahkamah Majistret Johor Bahru mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Siti Hajar Ali selepas Sam Ke Ting, 26, diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Februari lalu.

Siti Hajar dalam keputusannya berkata, mahkamah memutuskan bahawa adalah tidak selamat baginya untuk mensabitkan tertuduh atas pertuduhan yang dihadapinya.

“Selepas meneliti segala keterangan yang dikemukakan dan menimbang semua hujahan Timbalan Pendakwa Raya dan peguam bela tertuduh di akhir kes pembelaan, timbul keraguan munasabah dalam minda saya.

“Maka diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah.

“Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan di akhir kes pembelaan,” katanya.

Sementara itu Jabatan Pendakwaan Negeri Johor akan membuat rayuan ke atas keputusan tersebut.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman, berkata, rayuan berkenaan akan difailkan dalam masa terdekat.

“Kita akan berbincang dahulu dengan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, sebelum memfailkan rayuan dalam tempoh 10 hari ini,” katanya selepas prosiding di Mahkamah Majistret.-SM

 

(Visited 427 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button