EkonomiPendidikan

Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC) berkerjasama dengan Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia

Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC) berkerjasama dengan Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia (Kemnake) di mana menggabungkan kepakaran dalam menjayakan, pendidikan berasaskan pembelajaran dalam alam pekerjaan (work-based learning (WBL).

Kerjasama ini bertujuan untuk menangani permintaan yang semakin meningkat dan pekerjaan teknikal yang mahir di Indonesia serta meningkatkan kesiapan negara untuk era Industri masa kini.

Pendidikan berasaskan pembelajaran dalam alam pekerjaan merupakan satu langkah terbaik untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi akan datang.

Menurut Presiden Kolej Antarabangsa Inovatif, Shahawati binti Umar bersedia menerima para pelajar dari negara Indonesia, mereka bukan sahaja menimba pengalaman baru bahkan akan mendapat manfaat daripada tawaran akademi dan kepakaran institusi dalam teknologi dan inovasi.

“Keseluruhan program ini adalah dua setengah tahun, pada pembelajaran tahun pertama itu adalah teori yang dibuat di dalam kelas dari Indonesia dan seterusnya untuk praktikal akan dibuat di Malaysia, mengikut undang-undang dari Indonesia.

“Dan program ini kami sasarkan pada Julai 2023 ini, kemasukan pelajar akan dibuat secara meningkat”. Jelasnya.

Sementara itu, Pengurusi Eksekutif Kumpulan Innovative Capital Berhad, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, program work-based learning merupakan kaedah pembelajaran yang inovatif dalam menyediakan pelajar kepada pasaran kerja yang semakin mencabar.

Sidang media Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC) berkerjasama dengan Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia
Sidang media Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC) berkerjasama dengan Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia

“Program ini memberi peluang pelajar, belajar secara langsung di tempat kerja, pengalaman praktikal dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan kerana format itu menyediakan pelajar dengan ilmu kemahiran berinovasi tinggi bagi menempuh dunia pekerjaan sekali gus memastikan pelajar berdaya saing di alam kehidupan sebenar.

“Pendidikan bukan lagi sekadar untuk dapat pekerjaan tetapi lebih kepada cara hidup dan kemahiran bagi menentukan kehidupan anda pada masa depan. Saya percaya bahawa keusahawanan dan inovasi dalam pendidikan adalah penting untuk mencari penelesaian kepada masalah dunia nyata yang mempengaruhi kelangsungan hidup kita hari ini,” katanya. Azizan dalam ucapan pembukaan di sini hari ini.

Ketua Pengarah Pusat Latihan Vokasional dan Produktiviti Kementerian Tenaga Kerja Indonesia, Budi Hartawan, sangat gembira untuk menandatagani MOU selain berharap melalui kerjasama ini dapat memberikan manfaat bagi kedua belah pihak.

“Kami juga mengharapkan pelajar-pelajar dari Indonesia yang mengikuti program ini apabila pulang ke Indonesia dapat mengisi kekosongan jawatan pada industri pelancogan.” Katanya.

Pelajar yang menamatkan pengajian di institusi ini diyakini dapat memenuhi kehendak
industri apabila mereka bekerja nanti kerana mereka menerima latihan secukupnya ketika di
peringkat pengajian lagi, kata Shahawati.

Pelajar IIUC bakal ditempatkan di beberapa hotel lima bintang di seluruh negara termasuk
Renaissance Hotel, Element by Westin, Attana Group, Le Meridian dan Platform Hospitality
Group and Malaysia Association of Hotel, katanya.

Tiga program pengajian telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah Diploma
dengan Work-Based Learning iaitu Diploma Hotel Management dengan Work-Based
Learning, Diploma Retail Management dengan Work-Based Learning dan Diploma in
Culinary Art dengan Work-Based Learning.

 

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button