fbpx
Rencah Hidup

Wanita China tabur duit di koridor hospital

GAMBAR yang disiarkan ini diambil di sebuah hospital di wilayah Harbin, China.

Seorang wanita penghidap kanser membawa satu beg penuh dengan duit meminta doktor menyelamatkan nyawanya.

Katanya, dia mempunyai banyak wang untuk membayar doktor itu.

Tetapi, doktor itu berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana kanser wanita itu sudah berada di peringkat akhir

Wanita itu sangat kecewa dan marah lalu mencampakkan duitnya di sepanjang koridor hospital.


Dia menjerit: “Apa guna ada duit! Apa guna ada duit! Duit tidak boleh beli kesihatan! Duit tidak boleh beli masa! Duit tidak boleh beli nyawa!”

Gambar ini dipetik daripada laman  facebook Muslim Australia yang memberi pengajaran kepada kita akan betapa penting menjaga kesihatan.

Kesihatan adalah harta yang tiada ternilai. Hidup sihat lebih penting daripada menjadi kaya.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button