Luar Negara

Wanita bibir terbesar dunia akan suntik bibir kali ke-27

Seorang wanita Bulgaria yang dikatakan mempunyai bibir terbesar di dunia ingin membesarkan lagi bibirnya pada Krismas ini dengan menyuntik bibirnya buat kali ke-27.

Jam Press melaporkan Andrea Ivanova, 24, ingin melakukan prosedur itu kerana dia mahu menyerupai anak patung Bratz.

“Saya sangat menyukainya dan saya merasakan itu lebih baik,” wanita yang berasal dari bandar Sofia itu berkata mengenai bibirnya yang luar biasa itu.

Ivanova buat pertama kalinya melakukan suntikan itu beberapa tahun lalu kerana dia berasa kurang yakin dengan bibirnya yang nipis.

Setelah membesarkan bibirnya, dia mula yakin dengan diri sendiri malah turut mendapat perhatian daripada lelaki.


“Ramai lelaki dari seluruh dunia akan menulis kepada saya di media sosial untuk menawarkan wang, percutian dan menjemput saya ke perjumpaan sepanjang masa,” katanya.

Ivanova mempunyai lebih 10,000 pengikut di Instagram, berkata dia tidak risau jika bibir besarnya pecah.

Dengan setiap prosedur menelan kos sekitar AS$265 iaitu sebanyak RM1,119 dan dia telah membelanjakan lebih AS$5,000 iaitu sebanyak (RM21,120) sehingga kini bagi menyempurnakan bibirnya. – SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button