Jenayah

Wanita Amanah ditumbuk?

Polis mengesahkan menerima aduan kejadian seorang wanita dikasari dan adik perempuannya ditumbuk oleh seorang lelaki ketika mesyuarat parti Amanah di Teluk Intan, Perak.

Malaysiakini melaporkan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Kamarudin Mat Salleh berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Arahan untuk menyiasat (OTI) telah diperolehi daripada timbalan pendakwa raya,” katanya.

Malaysiakini melaporkan juga difahamkan pengadu merupakan ketua Wanita Amanah (Awan) Teluk Intan, manakala adiknya merupakan naib ketua Awan Teluk Intan.

Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini,  pengadu mendakwa dia dan adiknya bersama lapan individu lain dijemput menghadiri satu pertemuan di sebuah hotel pada 14 Okt lalu, namun tidak dibenarkan masuk.

Kira-kira jam 9.30 malam, ketika pengadu berada di hadapan pintu bilik mesyuarat tersebut, seorang lelaki menolak mangsa sehingga jatuh dan menumbuk adik perempuannya di bahagian muka.

Dalam laporan polis berkenaan, suspek dikatakan merupakan bekas setiausaha politik kepada pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

Ekoran itu, laporan polis dibuat oleh pengadu di balai polis Teluk Intan pada hari yang sama.

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button