Nasional

Kadar purata vaksin harian Malaysia kedua terbaik

Kadar purata vaksinasi Covid-19 harian negara ketika ini merupakan kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan sembilan negara tersenarai.

Data tersebut dilaporkan oleh Our World in Data yang dikelolakan Oxford Martin School, University of Oxford dan GCDL.

Setakat 9 Julai 2021, Singapura di tangga pertama dengan purata harian vaksinasi 1.3 bagi setiap 100 orang.Malaysia berada di kedudukan kedua dengan merekodkan 0.96 bagi setiap 100 orang.

Diikuti Taiwan, 0.65; United Kingdom, 0.38; Thailand, 0.36; Indonesia, 0.31; Korea Selatan, 0.2; Amerika Syarikat, 0.18 dan Vietnam, 0.02.

Data tersebut juga menunjukkan Malaysia konsisten di tempat kedua dan mengatasi United Kingdom sejak 23 Jun lalu.

Sementara itu kajian Our World in Data juga menunjukkan Malaysia turut merekodkan purata pemberian vaksin harian ketiga tertinggi pada 9 Julai 2021 dengan 309.694 dos.

Bagi peratusan vaksinasi, Malaysia berada di tangga kelima daripada sembilan negara tersenarai.

Setakat 9 Julai 2021, negara mencatatkan 10 peratus penduduk telah mendapat vaksinasi penuh, dan 13 peratus memperoleh satu dos.-SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button