Nasional

Wanita 21 Tahun Alami Masalah Murung, Namun Berjaya Dipujuk Abang Polis!

Kira-kira 15 minit masa diambil anggota polis bagi memujuk seorang wanita yang bersendirian di bumbung sebuah kompleks belah belah dekat sini, semalam.

Terdahulu, kejadian itu disedari orang awam kira-kira 2.15 petang yang terkejut melihat wanita itu bersendirian di tebing atas bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, susulan laporan yang diterima, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota polis mengambil masa 15 minit memujuk wanita berusia 21 tahun itu sebelum membawa mangsa ke bawah dalam tempoh 1 jam kemudian.

“Semakan mendapati mangsa bekerja sebagai pembantu butik pakaian,” katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mengalami masalah kemurungan dan mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sejak 2020.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) dan mangsa dibawa ke HTAR untuk rawatan selanjutnya

(Visited 103 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button