Hiburan

Amir Masdi artis pertama buat persembahan showcase di Hard Rock Cafe Melaka

Persembahan showcase Siri Jelajah Album sulungnya berjudul AMIR MASDI

BOLEH tahan apabila 600 orang hadir untuk menonton persembahan Amir Masdi di bumi Hang Tuah pada pertengahan bulan lepas. Persembahan Amir di negeri yang juga sinonim dengan nama Puteri Hang Li Po itu merupakan showcase Siri Jelajah Album sulungnya berjudul AMIR MASDI.

Usai persembahan, pemilik nama sebenar, Amir Syazwan Masdi, 27, menzahirkan rasa puas hati kerana telah mengotakan janjinya untuk memberikan persembahan bertaraf ‘A Class’.

Pada persembahan showcasenya, Amir menyanyikan 21 lagu terdiri daripada lagu-lagu dalam album AMIR MASDI, single terdahulu dan beberapa lagu cover version yang dilantunkan oleh penyanyi popular lain.

“Untuk ‘album tour’, ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas tetapi peluang keemasan ini hadir tepat pada waktunya. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakan projek ini di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amir turut melahirkan rasa bersyukur kerana penonton yang hadir pada persembahan showcase Siri Jelajah album AMIR MASDI, pada hematnya, memang hebat.

Beliau berkata, seperti juga penyanyi-penyanyi terdahulu dan hari ini, tanpa sokongan peminat, mustahil untuk beliau berjaya berada di atas pentas dan seterusnya menghiburkan mereka semua.

Amir tidak menafikan ‘crowd’ yang hadir pada malam itu sangat ‘sporting’. Katanya, walaupun ada lagu baharu daripada album, mereka tetap menyanyi bersamanya.

“Semangat mereka itu menjadi aura untuk saya terus memberikan persembahan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Imbau kembali persembahan selama dua jam itu, Amir diiringi lima pemuzik berpengalaman dan rentetan daripada showcase di Melaka, Siri Jelajah album itu bakal diteruskan di beberapa lokasi lain di seluruh negara tidak lama lagi.

Persembahan showcase Amir dijangka akan diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah.

“Ini adalah projek yang bangus sebab saya dapat berjumpa dengan peminat dari pelbagai negeri di Malaysia. Dalam perancangan, kami mahu jayakan persembahan di sebanyak lokasi yang mampu.

“Kalau boleh memang nak buat di setiap negeri tetapi itu akan diuruskan kemudian. Jadi, nantikan pengumuman dari semasa ke semasa,” jelas beliau.

Untuk rekod, didakwa bahawa Amir Masdi merupakan artis pertama tanah air yang membuat persembahan showcase di Hard Rock Café Melaka sempena Ulang Tahun Ke-10 Hard Rock Café Melaka.

Pihak Hard Rock Cafe juga, kata Amir, ada mengumumkan satu perkara yang istimewa untuk ‘album tour’ beliau ini. – SM

BACA Amir Masdi beri semangat menerusi lagu

BACA RM160 Juta untuk Penggiat Seni dan pengecualian duti hiburan persembahan artis tempatan

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button