NasionalNegeriPolitik

Melaka Berpeluang Tampil Sebagai Destinasi Rebakan Virus Menjelang PRN Melaka!

Baguslah.. teruskan jadi angkuh dan lupakan sahaja sejarah hitam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, tahun lalu.

Kalau diingat kembali, ketika itu Malaysia hampir pulih dan pernah mencapai sifar kes dalam masa sehari.

Namun disebabkan keangkuhan ingin kekal berkuasa dan berjawatan, apa mereka peduli dengan nasihat rakyat?

Siapalah rakyat pada mata orang politik? Cuma pengundi miskin yang boleh dibeli dengan duit dan simpati.

Boleh ditipu dan diperbodohkan segala janji manisnya, dan jika rakyat mendesak, tak mana pun hasilnya.

Bukannya tak berlaku di sekeliling kita, dalam masyarakat kita, itu pun masih ada yang pertahankannya.

Katanya, ahli politik ini baik dan masyarakat sangat memerlukan ahli politik untuk hidup di bumi Tanah Melayu.

Tanpa ahli politik, rakyat hilang tempat bergantung harap dan janganlah pertikai elaun besar yang mereka terima.

Belum pernah jumpa pengundi bijak menuntut, sekiranya saya memberikan undi, saya mahu elaun yang serupa.

Semua yang ditemui jenis, tak kisah pun beri undi, asalkan wakil rakyat ini beri manfaat kepada rakyat. Sembang!

Jadi kepada rakyat Melaka yang akan dipaksa menjalani PRN Melaka, fikirlah masak-masak sebelum mengundi.

Kalau calon yang bertanding adalah sampah, pilihlah sampah untuk dilupuskan atau boleh dikitar semula.

Lagi pun, siap sedia sahajalah Melaka akan dikecam jika PRN berlangsung dalam masa terdekat demi ‘mereka’.

Memanglah bentuk kerajaan tetapi bolehkah pengkhianatan dalam politik boleh meyakinkan rakyat mengundi?

Walaupun sejarah PRN Sabah Covid-19 tengah mengganas dan PRN Melaka ramai sudah dapat vaksin, cuba fikir.

Hari ini sibuk-sibuk mengundi, beratur panjang-panjang, kena Covid-19 lagi, kemudian lompat katak.

P/s: Artikel di atas tidak menggambarkan pendirian Suara Merdeka. Suara Merdeka tidak bertanggungjawab atas segala komen negatif daripada akaun palsu yang bertebaran.

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button