Jenayah

Polis buru enam tahanan lolos penjara

POLIS tahan seorang lelaki dan memburu enam lagi yang telah meloloskan diri dari Penjara Jelebu, Seremban kira-kira pukul 3 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslam Udin berkata Sohaimi Khalid, 50, berjaya ditahan semula di kawasan kebun kelapa sawit di Kongkoi kira-kira dua kilometer dari Penjara Jelebu pada pukul 7 malam.

Enam lagi yang masih diburu ialah Mazlan Samah, 39, Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28, Shazuan Md Sharif, 32, Mohd Zairizan Zainal, 42, Muhammad Syafiq Rohmat, 32, dan seorang lelaki dikenali sebagai Zainuddin.

“Bantuan unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPKNS) dan Jabatan Penjara turut digerakkan bagi mengesan kesemua mereka” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, selain siasatan berkaitan tindakan suspek melarikan diri, siasatan juga berkisar kepada kemungkinan berlaku kecuaian sehingga menyebabkan orang tahanan meloloskan diri.

Orang ramai dengan maklumat yang boleh membantu polis dalam memburu mereka yang terlibat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menelefon Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, 06-6136222 atau Bilik Gerakan IPD Jelebu 06-6137999. – Bernama – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button