Jenayah

Dana pekerja ladang pun mahu disonglap

Seorang pengurus ladang di Sandakan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menyalahgunakan RM20,000 dari dana pekerja ladang pada 2018.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy berkata, suspek berusia 39 tahun ditahan kira-kira jam 9 pagi di pejabat SPRM Sandakan di sini.

“Wang itu dipercayai dikeluarkan oleh suspek melalui enam cek.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan akan didakwa di mahkamah hari ini,” katanya dalam pesanan WhatsApp malam tadi.

Karunanithy mengatakan kes itu disiasat di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button