NasionalSukan

Wan Fayshal patut bertanggungjawab lantik Ikon bermasalah

EXCO Pergerakan Pemuda Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin meminta Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal agar bertanggungjawab kerana melantik orang yang ‘salah’ menjadi Ikon Permotoran Negara.

Ikon yang dilantik beliau sebenarnya banyak mendatangkan masalah dan memberi impak tidak baik kepada anak muda lagi-lagi tular bahawa ikon tersebut banyak melanggar kesalahan jalanraya, kata Muhamad Muqharabbin.

“Ramai lagi yang wajar diangkat sebagai Ikon Permotoran Negara seperti Hafiz Syahrin, Syarifuddin Azman atau Damok dan belia-belia lain yang membawa imej baik buat masyarakat.

“Ini, tanpa usul dan kajian, dengan hanya melihat TikTok sahaja, terus dilantik menjadi ikon. Nampak sangat, buat kerja tak pakai akal,” dakwa Muhamad Muqharabbin.

Beliau berkata, akhirnya yang mendapat cemuhan ialah Kerajaan hari ini kerana ada menteri dan timbalan menteri yang tidak buat kerja dengan betul.

“Saya berharap agar pada masa depan, ikon-ikon yang ingin dipilih biarlah ada badan yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian,” kata Muhamad Muqharabbin yang juga Ketua Pemuda Lembah Pantai dan Penjelajah Grand Slam Negara. – SM

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button