Politik

Wan Fayhsal dilantik Timbalan Ketua Pemuda PN

KETUA Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilantik sebagai salah seorang daripada Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Ini dimaklumkan oleh Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan berhubung pembentukan Jawatankuasa Pemuda PN, hari ini.

Katanya, ketetapan pelantikan jawatankuasa itu adalah berdasarkan peruntukan Fasal 23 Perlembagaan PN (Pindaan 2021).

Turut dilantik ke jawatan itu ialah Kong Soon Choi daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jamain Sarudin dari Parti Maju Sabah (SAPP), Wong Chia Zhen daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Afnan Hamimi Taib Azamudden daripada PAS.

Selain itu, Muhd Khidhir Izaidin daripada PAS dilantik sebagai Setiausaha dan Muhammad Faiz Rahmad daripada Bersatu pula sebagai Penolong Setiausaha. – SM

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button