Politik

Wan Fayhsal bikin akar umbi UMNO panas hati – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan mengapa akar umbi UMNO panas hati dengan Bersatu.
Puncanya kerana kenyataan Ketua Armada Bersatu yang angkuh dan meminggirkan serta menafikan peranan UMNO.
“Saya diberitahu bahawa antara isu yang menaikkan kemarahan akar umbi UMNO ialah kenyataan ini dari Ketua Armada PPBM selepas ADUN PPBM dilantik Ketua Menteri Sabah,” kata Najib.
Alasan diberi mereka ialah:
“Kenyataan Wan Fayhsal tak tuju pada UMNO, BN, kata pemuda PPBM”

Tulisan Najib dibuat selepas Biro Politik UMNO membuat keputusan untuk mengkaji balik kedudukan mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional dan memberikan syarat baru kepada Tan Sri Muhyiddin jika mahu UMNO kekal dalam kerajaan itu.

Dalam tulisannya sebelum ini, Wan Fayhsal berkata, Bersatu melalui Perikatan Nasional berjaya di Sabah walaupun parti itu baru setahun jagung ditubuhkan.

Wan Ahmad Fahsyal juga berkata, rakyat lebih menyayangi PN daripada parti lain kerana tidak dibayangi dengan skandal dan masalah kronik sehingga rakyat sukar percaya.

Malah Wan Ahmad Fahsyal juga mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Pas untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

“Kita akan perkukuhkan koalisi ini bersama rakan kita Pas dalam usaha berdepan dengan PRU-15 yang bakal tiba tak lama lagi,” kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.

Ketika mula kenyatan ini disiarkan Wan Fayhsal, Najib sudah memberikan peringatan”Jangan melampau. Rakyat sedang memerhati.”

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button