Luar Negara

Walt Disney henti semua aktiviti perniagaan di Rusia

PRODUKSI Walt Disney mengumumkan semua aktiviti perniagaannya di Rusia akan dihentikan berikutan peperangan berterusan di Ukraine.

Keputusan itu termasuk pelesenan terhadap kandungan dan produk, aktiviti “Disney Cruise Line”, majalah dan lawatan “National Geographic”.

Ia turut merangkumi penerbitan kandungan tempatan dan penyampaian kandungan video melalui rangkaian siaran atau kabel, menurut Disney menerusi satu kenyataan.

“Sesetengah daripada aktiviti perniagaan itu boleh dan akan kami hentikan serta-merta. Lain-lain seperti penyampaian kandungan video dan beberapa kandungan serta pelesenan produk akan mengambil masa disebabkan isu kontrak,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Disney memaklumkan ia akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan untuk menyalurkan bantuan segera kepada pelarian.

Pada 28 Februari lalu, syarikat Walt Disney mengumumkan bahawa mereka telah menghentikan sementara tayangan filemnya di Rusia. – SM

 

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button