Politik

Walaupun tipis, Dewan Rakyat sahkan sokongan kepada Muhyiddin

UNDIAN di Dewan Rakyat semalam bagi meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 dilihat sebagai satu lagi undi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Pakatan Nasional (PN) sebagai kerajaan.

Selepas melepasi ujian ketika mengundi untuk pelantikan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, semalam Muhyiddin sekali melepasi ujian sekongan itu, walaupun tipis iaitu 111 undi sahaja.

Ada yang melihat keputusan itu menandakan kerajaan PN ibarat telur di hujung tanduk yang boleh jatuh pada bila-bila masa kerana tidak mampu mendapat majoriti yang besar.

Kekuatan antara kerajaan dan pembangkang adalah seimbang jika berdasarkan undian semalam.

Apa pun, realitinya, ia tetap memihak kepada Muhyiddin dan PN dan keputusan itu sekali lagi mengesahkan kedudukan PN.

Dewan Rakyat mempunyai 222 ahli Parlimen dan dalam undia semalam lima daripada mereka tidak hadir.

Oleh itu semalam Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang itu denga sokongan 111 ahli Parlimen sementara 106 menentang,

Lima lagi ahli Parlimen tidak hadir iaitu Maximus Ongkili (PBS – Kota Marudu), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Shafie Apdal (Warisan-Semporna) dan Christina Liew (PH-Tawau)

Dewan Rakyat diwakili oleh 222 ahli Parlimen dan pada undian semalam separuh daripada mereka menyokong.

Cabaran getir dalam undian tersebut termasuk datang daripada Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika berbahas meminta rang undang-undang itu ditolak yang secara tidak langsung akan turut menolak kerajaan PN.

Namun, cubaan itu tidak berjaya kerana kerajaan masih mampu mendapatkan undi majoriti untuk memastikan peruntukan tambahan itu diluluskan untuk kepentingan rakyat.

Berdasarkan sokongan tipis itu, Presiden PKR yang juga ketua pembangkang mempersoalkan sampai bila PN mahu bertahan hanya dengan sekongan 111 Ahli Parlimen.

Beliau menyifatkan keputusan undian itu menunjukkan PN hampir gagal meraih sokongan ahli dewan.

Malah, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut membuat tuduhan akan ada lagi episod sogokan ugutan dan tawaran pangkat.

Ini semua merupakan cabaran kepada kerjaan Muhyiddin dalam meneruskan pentadbiran negara berdasarkan pakatan yang dibentuk hasil gabungan Bersatu, UMNO dan Pas serta kumpulan bekas ahli Parlimen dari PKR.

Tidak ada apa yang boleh dipertikaikan kerana walaupun tipis, namun Dewan Rakyat mengesahkan kedudukan Muhyiddin dan PN untuk menerajui pemerintahan negara.

Berapa kali lagi Muhyiddin akan diuji sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tidak ada siapa yang tahu. – SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button