fbpx
Nasional

Walaupun hilang, baucher saringan kesihatan Perkeso masih boleh diguna

Tamat tempoh hingga hujung tahun ini

PADA tahun 2013 kerajaan telah memperkenalkan Program Saringan Kesihatan (HSP) Pertubuhan Perkhidmatan Sosial (Perkeso).

Pencarum Perkeso yang genap berusia 40 tahun diberikan baucher tersebut untuk membuat saringan kesihatan di klinik yang telah disenaraikan. Baucher itu telah diberikan kepada mereka yang layak sehingga tahun lepas.

Berita baik buat mereka yang kehilangan baucher tersebut dan tidak sempat untuk menggunakannya bagi membuat saringan kesihatan, mereka masih boleh melakukannya sehingga hujung tahun ini.

Bagi permohonan semula nombor baucher yang belum digunakan itu sama ada disebabkan kehilangan, rosak atau tidak menerimanya, pencarum boleh mendapatkannya semula secara dalam talian.

“Sesiapa yang baucer dah tak ketahuan kedudukannya, masuk je https://sihat.perkeso.gov.my/v2/myhspstatus.html  dan masukkan no ic. Nanti website tu akan bagitahu sama ada kita layak untuk redeem lagi atau tidak.


“Lepas kelayakan disahkan, akan ada satu lagi link untuk kita klik dan kita akan diberi baucher secara online.  Bawa baucher yang sudah di terima secara dalam talian tu ke mana-mana pusat pemeriksaan, hospital, klinik yang berdaftar dengan Perkeso,” kata Ummu Su melalui perkongsian di Facebooknya.

Menurut beliau, senarai pusat pemeriksaan boleh di semak pada laman sesawang Perkeso. Tips yang beliau beri untuk memudahkan pemeriksaan dibuat dengan cepat adalah dengan mengenal pasti pusat pemeriksaan yang besar dan mempunyai fasiliti yang lengkap.

“Baucher free, pemeriksaan free, rugi kalau tak redeem. Yang wanita, siap ada pemeriksaan mamogram, pap smear lagi hakak oii. Huntung.

“Apapun, sesiapa yang dapat baucer ni antara 2013 hingga 2019, layak untuk redeem sehingga Disember 2020. Lepas disember 2020, burn bebeh burn. Hangus terbakar. Maka gunakanlah sebaiknya benda free ni. Sekian,” katanya.

HSP merupakan satu program yang dianjurkan oleh Perkeso bagi memastikan para pekerja mendapat panduan dan menjalani pemeriksaan kesihatan percuma bagi mengelakkan mendapat penyakit berisiko.

Saringan kesihatan yang dijalankan antaranya untuk mengesan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kandungan kolestrol dalam darah yang tinggi.

Bagi wanita saringan tambahan disediakan bagi mengesan barah payu dara dan pangkal Rahim.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button