Nasional

Rekod tertinggi, lebih setengah juta dos vaksin diberi semalam

PEMBERIAN harian dos vaksin Covid-19 di Malaysia mencatatkan sejarah semalam apabila lebih sejuta dos vaksin disuntik semalam.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sehingga kini  10,920,862 penduduk Malaysia telah menerima dos pertama dan sejumlah 5,104,054 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

“Sukacita saya juga ingin mengumumkan bahawa seramai 46.7% daripada populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan seramai 21.8% pula telah mendapat dos yang penuh.

“Pencapaian ini selari dengan sasaran yang ditetapkan dan sudah semestinya perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata,  program vaksinasi akan dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital dan mengurangkan kes-kes jangkitan yang teruk, seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

“Terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan PPV yang membantu melancarkan pelaksanaan program ini,” katanya.

Selangor menjadi negeri tertinggi memberikan suntikan vaksin harian kepada penduduk semalam iaitu 95,278 dos pertama dan 35,944 dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur iaitu 56,524 dos pertama dan 31,859 dos kedua serta Johor yang mencatatkan 31,707 dos pertama dan 4,662 dos kedua.

Perak turut mencatatkan pemberian vaksin yang tinggi iaitu 20,568 dos pertama dan 11,103 dos kedua serta Sarawak yang memberikan 10,216 dos pertama dan 43,363 dos kedua.

Sementara itu sejumlah 16,024 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Malaysia melibatkan 10.920 juta dos pertama dan 5.104 juta dos kedua.

Labuan masih menjadi wilayah peratusan penduduk tertinggi diberikan suntikan vaksin iaitu 60.8 peratus (60,527) dos pertama dan 48.5 peratus (48,440) dos kedua.

Diikuti Sarawak iaitu 57.4 peratus (1.617 juta) penduduk telah diberikan dos pertama dan 37.4 peratus (1.053 juta) diberikan dos kedua.

Sementara 52.7 peratus (4.424 juta) penduduk Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah disuntik dengan dos pertama dan 17.4 peratus (1.469 juta) telah lengkap disuntik dengan kedua-dua dos.

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button