Politik

Walau dikerat empat Ku Li tidak akan masuk parti Dr. Mahathir

TENGKU Razeliegh Hamzah menegaskan beliau akan kekal bersama UMNO dan tidak akan sekali-kali menyertai parti Pajuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir.

Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO itu berkata, walaupun di kerat empat beliau tidak akan menyertai parti bekas perdana menteri itu.

Katanya, jiwanya sudah sebati dengan perjuangan UMNO sejak sekian lama dan tidak akan sesekali meninggalkan parti itu hanya kerana pernah berbeza pendapat dengan pimpinan parti.

“Kerat empat pun saya tak skan masuk parti Dr. Mahathir. Saya rela mati dalam UMNO..” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di sini hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menjelaskan, apa yang dilakukannya bersama Dr. Mahathir di Parlimen baru-baru ini hanya untuk menuntut sebuah kerajaan yang sah.


Katanya, ia bukan untuk menyertai parti Dr. Mahathir dan bukan satu kesalahan kerana tidak bertentangan dengan dasar UMNO.

“Saya ahli UMNO. Sebagai seorang ahli politik tak kan saya semudah itu nak tukar parti, walaupun saya ini kenalan baik Dr Mahathir. Lagi pun dia rapat dengan saya dari dulu lagi,” katanya.

Katanya, beliau tidak pernah mempunyai agenda lain kecuali benar-benar serius mahu membantu rakyat  ketika keadaan politik negara tidak stabil dan masalah ekonomi berpanjangan.

“Pelabur luar tidak datang ke negara kita untuk melabur kerana tidak yakin kepada pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” katanya. – SM

(Visited 153 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button