MahkamahNasionalNegeri

Pekerja rencam dihadap tuduhan edar 528,000 gram syabu

SEORANG pekerja rencam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar atas tuduhan mengedar 528,000 gram syabu pada pukul 4 pagi, 10 Januari lalu di Hutan Simpan FRIM, Padang Besar.

Mohd Fazli Aziz, 36 dari Padang Besar hanya mengaku faham ketika dibacakan kertas pertuduhan ke atasnya.

Mengikut kertas pertuduhan, pada pukul 4 pagi, 10 Januari lalu di kawasan semak, Hutan Simpan FRIM (hutan simpan Mata Ayer Utara) Padang Besar telah mengedar dadah jenis methamphetamine (syabu) 528,000 gram.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim tidak membenarkan tertuduh dikenakan ikat jamin.

Nurshahida menetapkan 23 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan kimia.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman 39B (a) ADB 1952.

Ia membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum gantung dikenakan sebatan rotan tidak kurang 12 kali. – SM

BACA 528 kg syabu bernilai RM19 juta dirampas di Hutan Simpan FRIM Padang Besar

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button