EkonomiRencah Hidup

Waktu operasi restoran, kedai makan dilanjutkan: Perniagaan ditingkatkan – MEF

KEPUTUSAN kerajaan untuk membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi sehingga pukul 10 malam bermula hari ini dikatakan akan mengurangkan cabaran berat yang dihadapi oleh golongan peniaga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) berkuat kuasa. Demikian pada hemat Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, keputusan untuk melanjutkan waktu operasi disambut baik terutamanya dalam kalangan pengusaha-pengusaha restoran yang menzahirkan menghadapi kerugian besar dan ada juga yang terpaksa ditutup dalam tempoh PKP.

“Dengan penurunan mendadak jumlah pelanggan semasa PKP 2.0, pengusaha restoran berusaha untuk menampung kos operasi mereka seperti sewa, gaji, bayaran balik pinjaman dan kos utiliti serta kenaikan harga barangan.

“Oleh itu, kami berterima kasih kepada kerajaan atas campur tangan yang berterusan untuk mencapai keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan sumber pendapatan,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semalam, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh operasi semua jenis premis menjual makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan di negeri-negeri yang tertakluk di bawah PKP sehingga pukul 10 malam bermula 22 Januari, daripada pukul 8 malam sebelum ini.

Syed Hussain turut mengingatkan majikan supaya benar-benar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan terus komited untuk menghentikan penularan gelombang ketiga Covid-19. – SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button