
Wakil UAE Jamie Camero Sertai RSGC Ladies Amateur Open
Kuala Lumpur, 25 Jun 2025 — Kejohanan RSGC Ladies Amateur Open (RSGC LAO) tahun ini bakal menyaksikan penyertaan antarabangsa yang semakin meriah apabila pemain golf amatur dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jamie Camero, mengesahkan penyertaannya.
Jamie kini berada di kedudukan 743 dunia dalam senarai rasmi World Amateur Golf Ranking (WAGR) dan pernah mencapai ranking terbaik di tangga 348. Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, beliau mencatatkan 5 kemenangan dan 10 penamat dalam kelompok 10 terbaik, menjadikan beliau antara pesaing yang perlu diberi perhatian.
Dengan purata mata sebanyak 530.2286 daripada 27 kejohanan yang dikira, kehadiran Jamie dijangka menambah saingan kompetitif serta memperkukuh profil kejohanan bertaraf antarabangsa ini.
Penyertaan beliau turut membuktikan tarikan kejohanan RSGC LAO sebagai platform berprestij yang mampu menarik pemain-pemain berbakat dari luar negara, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hub pembangunan golf wanita serantau.