Politik

Wakil rakyat PKR terikat dokumen undang-undang, keluar parti bayar RM10 juta

Wakil rakyat PRK perlu membayar RM10 juta sekiranya mereka bertindak keluar meninggalkan parti.

Ini kerana menurut Bendahari parti itu Lee Chean Chung, calon PKR yang bertanding atas tiket parti itu perlu menandatangani dokumen undang-undang pada pilihan raya umum 2018.

Dokumen itu antara lain menyebut wakil rakyat PKR yang keluar daripada parti atau dipecat perlu membayar RM10 juta.

“Kami akan menghantar kepada mereka surat tuntutan minggu depan. Mereka perlu menjawab tentang bagaimana untuk membayar RM10 juta itu.

“Kegagalan berbuat demikian, kami akan dakwa mereka di mahkamah. Kami akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkannya selepas menghantar surat kepada mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Justeru,12 wakil rakyat terbabit terdiri daripada sembilan anggota parlimen dan tiga Adun perlu membayar RM10 juta kepada parti atau diseret ke mahkamah.

Sebelum ini sembilan anggota Parlimen PKR temasuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Azmin  dan Naib Presidennya,  Zuraida Kamaruddin keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Tindakan mereka menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan runtuh tidak sampai dua tahun berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14.-SM

 

 

(Visited 467 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button