Bola SepakSukan

Wajarkah Malaysia mohon maaf kepada Indonesia

Beredar video beberapa orang dipukul dan dikatakan penyokong Indonesia dibelasah penyokong Malaysia ketika pasukan kedua-dua buah negara bertembung tempoh hari di Bukit Jalil yang menyaksikan Harimau Malaysia menumpaskan Garuda 2-0.

Jika ia benar Malaysia perlu memohon maaf kepada Indonesia, walaupun mereka bertindak sedemikian ekoran provokasi melampau penyokong lawan.

Para penyokong Indonesia juga mendakwa mereka tidak diberi perlindungan dan kawalan sewajarnya sebagaimana yang diberikan ketika Ekor Harimau bertandang di  Gelora Bung Karno, Jakarta.

Desak mohon maaf

Kementerian Pemuda Dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia mahu Malaysia meminta maaf atas insiden kekecohan yang dicetuskan penyokong pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di antara Malaysia dan Indonesia, tempoh hari.

Sebelum perlawanan bermula, suasana di Stadium Bukit Jalil sempat menjadi panas. Sempat berlaku insiden membaling benda yang dipercayai botol di antara penyokong kedua-dua pasukan.

Insiden baling botol

Insiden membaling benda itu kembali terlihat ketika Safawi Rashid berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk Harimau Malaya hasil daripada sepakan percuma pada minit ke-30.

Insiden tersebut terus berlanjutan ketika penyerang pasukan Indonesia iaitu Osas Saha gagal menjaringkan gol dalam sepakan penalti yang dihadiahkan selepas salah seorang pemain Indonesia dikasari di dalam kotak penalti.

https://twitter.com/i/status/1197190738456412160

Botol, kerusi, bom asap, serta suar adalah antara barangan yang dibaling oleh kedua-dua penyokong.

“Belum ada lagi sebarang panggilan telefon mahupun surat dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada Kemenpora Indonesia mengenai insiden yang berlaku tempoh hari. Setidak-tidaknya penjelasan dan permohonan maaf lah,” kata Setiausaha Kemenpora, Gatot S Dewa Broto.

Laporan penyokong

Gatot menyatakan bahawa beliau mendapat maklumat mengenai insiden kekecohan tersebut melalui laporan yang dibuat oleh beberapa penyokong. Mereka juga meminta supaya pihak Indonesia melakukan sesuatu terhadap kejadian tersebut.

“Tidak kiralah jika insiden tersebut kecil mahupun besar, seharusnya pemerintah di sana mengutus surat pada pihak kami,” ujar Gatot.

Protes kepada FIFA

Kemenpora Indonesia akan merujuk kepada Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) terlebih dahulu sama ada mahu melakukan protes kepada FIFA atau tidak.

Dalam perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia tempoh hari, Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan skor sebanyak 2 berbalas 0.

Indonesia kini menduduki tangga terbawah dalam kumpulan G tanpa mengumpul sebarang mata selepas tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam seluruh perlawanan.

 

https://twitter.com/i/status/1197460521009606656

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button