Nasional

Selangor negeri ketiga lebih sejuta penduduk disuntik vaksin

SELANGOR menjadi negeri ketiga lebih sejuta populasi telah disuntik dengan vaksin Covid-19.

Negeri tersebut mencatatkan 1,031,969 atau 15.8% penduduk telah disuntik dengan dos pertama manakala 333,432 atau 5.1% populasinya telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Sarawak masih menjadi penerima jumlah vaksin tertinggi iaitu 1,151,744 atau 40.9% penduduknya telah disuntik dengan dos pertama manakala 257,408 atau 9.1% telah menerima kedua-dua suntikan.

Diikuti Kuala Lumpur dengan 1,094,023 atau 61.7% penduduk telah disuntik dengan dos pertama dan 221,020 atau 12.5% telah menerima dos kedua.

Menurut Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) sehingga semalam 8,582,893 dos vaksin telah diberikan kepada rakyat dengan 6,119,874 (18.7% populasi) telah menerima dos pertama dan 2,463,019 (7.5%) lengkap menerima kedua-dua dos.

Semalam sejumlah 236,196 dos vaksin telah diberikan melibatkan 167,059 dos pertama dan 68,137 dos kedua.

Johor negeri keempat tertinggi jumlah penduduk menerima vaksin iaitu 464,586 (12.3%) menerima dos pertama dan 258,636 (6.8%) menerima dos kedua.

Diikuti Sabah iaitu 385,114 (9.9%) menerima dos pertama dan 215,318 (6.8%) menerima dos kedua.-SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button