Politik

Wajah munafik DAP dibogelkan

DAP sememangnya sebuah parti yang survivalnya bergantung kepada provokasi sentimen pengundi Cina dan eksploitasi emosi masyarakat Cina.

Naib Presiden MC, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, DAP telah berpuluh tahun menjadi lintah yang menghisap darah MCA dengan mengeksploitasi dan memprovokasi emosi masyarakat Cina yang ketakutan untuk diasimilasikan seperti apa yang berlaku di negara jiran di Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Maka apabila MCA membuat pengorbanan dan penerimaan kompromi kaum demi bangsa Malaysia seperti pemakaian songkok sebagai pakaian seragam, penerimaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan sebagainya , DAP telah menimbulkan kemarahan pengundi Cina terhadap MCA dan UMNO secara khasnya dan BN secara amnya.

“Adalah jelas DAP mendapat undi majoriti masyarakat Cina selama ini kerana DAP mempunyai “safe deposit” undi Cina selama ini dengan mengatakan MCA menggadaikan kepentingan orang Cina kerana terlalu ingin menjadi sebahagian daripada kerajaan,” kata Lian Ker.

Tambah beliau, hari ini apabila , undi Melayu menjadi penentu siapakah yang akan menerajui kerajaan yang bakal dipilih , DAP atas expedisi ataupun pragmatik politik sanggup mengorbankan sebahagian daripada undi Cina mereka untuk menangguk lebih banyak undi Melayu supaya dapat menjadi kerajaan akan datang. DAP pun sanggup bersama – sama menubuhkan kerajaan bersama Umno setelah gagal bersamaan dengan parti lain.

“Ini sedikit sebanyak telah membogelkan muka sebenar dan munafik DAP dan juga menyebabkan ramai pemimpin akar umbi dan penyokong DAP yang tulen dan percaya pada kecinaan DAP risau dan khuatir,” katanya.

“Maka Ronnie Liu yang juga orang kampung dan rakan sekolah saya di Raub cuma menzahirkan kekhuatiran penyokong tegar DAP yang mengharapkan DAP sebagai pejuang orang Cina selama ini yang “camouflage” atas politk kepelbagaian,” jelas beliau.

(Visited 514 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button