Nasional
Trending

Santan lancar e-bazar Ramadan untuk membantu usahawan

SANTAN telah memperkenalkan satu inisiatif digital bagi membantu peniaga mikro, kecil dan persendirian menjual juadah di bulan Ramadan.

Melaui program ini, para peniaga akan dapat meneruskan perniagaan mereka dengan jualan di e-bazar Ramadan yang akan berlangsung di laman santan.com.my bermula 23 April 2020 hingga 23 Mei 2020.

Santan menjemput semua peniaga di Lembah Klang untuk mendaftar perniagaan mereka di santan.com.my/ramadan sebelum 10 April 2020. Semua peniaga yang disenarai pendek akan diumumkan pada 11 April 2020.

Santan juga bekerjasama dengan beberapa rakan penghantar yang meliputi Lembah Klang bagi memastikan semua pesanan dapat dinikmati oleh semua orang sewaktu tempoh penjarakan sosial ini.

santan

Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata: “Berikutan situasi semasa dan atas semangat #InThisTogether, kami percaya bahawa ini adalah masa yang penting untuk kita terus menyokong komuniti tempatan.

“Terutamanya apabila sebahagian besar bergantung kepada perniagaan mereka di bulan Ramadan untuk teurs menyara keluarga.

“Justeru, kami berbesar hati untuk mengumumkan inisiatif ini untuk membantu memasarkan produk mereka di platform kami dan menyediakan pengalaman bazar yang selamat untuk semua.

“Kami juga amat teruja melihat nama-nama besar lain memainkan peranan mereka, tetapi sudah tentu masih ada jurang yang perlu diisi dan kami ingin membantu memenuhi jurang tersebut sebanyak mungkin, terutamanya bagi mereka yang berada di Lembah Klang.

Kami berharap inisiatif ini akan menjadi peluang yang terbaik untuk dimanfaatkan oleh semua, jadi jika anda mengenali sesiapa sahaja yang berminat untuk memperluaskan perniagaan mereka bersama kami, seperti keluarga, rakan, mahupun jiran tetangga, daftarlah bersama kami.”

Di samping itu, semua produk Santan seperti Pes Nasi Lemak Rendang dan Sambal Pak Nasser, mi cawan, kopi dan teh pelbagai dan banyak lagi boleh didapati di laman web serta ourshop.com yang boleh dihantar ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari santan.com.my/ramadan.

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button