fbpx
Rencah Hidup

Wabak COVID-19: Netizen minta tukang kasut jahit hati

WABAK COVID-19 yang membunuh lebih 40,000 orang dan menjangkiti sejuta orang di seluruh dunia mendatangkan kesan yang amat besar terhadap kehidupan manusia.

Virus berbahaya tersebut memaksa beribu-ribu peniaga kecil menutup kedai buat sementara waktu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak dapat menjalankan perniagaan bermakna mereka hilang punca pendapatan. Namun kemahiran yang mereka miliki masih diperlukan.

Untungnya dalam era di mana teknologi komunikasi semakin maju, media sosial menjadi penghubung antara peniaga dan pelanggan.

Rayuan seorang tukang kasut bernama Abdul Ghafur di Twitternya mendapat perhatian. Tukang kasut tersebut meminta pengguna Twitter untuk berkongsi maklumat sekiranya ada yang mahu membaiki kasut kerana dia kini melakukannya dari rumah.


Ini berikutan wabak COVID-19 menutup kedai buat sementara waktu dan menyebabkan beliau kehilangan pendapatan.

“Hi semua. Saya membaiki kasut untuk menjana pendapatan. Tetapi saya terpaksa menutup kedai kerana PKP. Jadi saya membawa pulang semua peralatan dan melakukannya dari rumah.

“Saya kini mengambil pesanan secara dalam talian untuk membaiki kasut yang perlu dijahit. Saya faham semua kini sedang berjimat cermat. Saya akan memberi potongan harga. Jadi jika anda baik hati tolong retweet. Terima kasih,” kata pemuda berkenaan.

Manurut Abdul Ghafur beliau hanya mengambil kasut yang diposkan kepadanya bagi mengelakkan sebarang kontak semasa PKP. Selepas 19 jam melakukan ciapan, hantaran tersebut telah diretweet lebih 18 ribu kali.

“Kerja anda sangat detail dan menakjubkan. Semoga Tuhan mempermudahkan rezeki,” kata Quinn.

“Mantap hasil kerja bro. Level professional ni,” komen harmaineyj.

“Wow, selalu tengok orang Indonesia je yang hebat baiki kasut. Terus berusaha. Anak muda bangkit!” kata Green Whales.

Bagaimanapun ramai juga membalas ciapan tersebut dengan ungkapan yang agak luar biasa. Mungkin disebabkan wajahnya yang kacak dan bertubuh tegap.

“Dude, awak sepatutnya menjadi model,” komen NV.

“Boleh tak awak baiki hati manusia? Bertanya untuk sahabat,” kata Shaidatul.

“Single lagi?” tanya Asyura.

“Tiba-tiba kasut saya rosak la,” komen Littel pod.

“Kalau elok macam ni, kasut rosak pun aku pergi. Hehe,” gurau Sarawak’s Wife.

“Bang ada buka kelas baiki kasut tak? Teringin nak repair kasut sambil tengok orang,” kata medieakmal.

“Banyak pula kasut aku nak kena jahit. Tiba-tiba hati pun sama ni nak kena jahit. Eh,” kata Shasgaaayacob

.-SM

(Visited 7 times, 2 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button