Auto TravelBerita Auto

VW hasilkan sel kereta elektrik, pek bateri di AS

Volkswagen AG memberitahu mereka akan memperluaskan kilang Chattanooga di Tennessee untuk membuat sel kenderaan elektrik dan pek bateri di Amerika Syarikat, di samping memasang kenderaan elektrik.

Syarikat itu  juga merancang untuk membuka sebuah makmal di Chattanooga bagi membangun dan menguji sel dan pek bateri untuk model kereta yang akan datang yang dipasang di AS, yang mana makmal itu akan beroperasi sepenuhnya pada musim bunga 2021.

“Banyak syarikat automotif akan mengembangkan dan menguji bateri ke syarikat lain, dan ada yang benar-benar akan melakukan kerja membangun dan menguji secara dalaman. Kami melakukan yang terakhir,” kata Wolfgang Maluche, naib presiden kejuruteraan, Volkswagen Amerika.

Rancangan Volkswagen untuk menghasilkan sel dan pek bateri sendiri untuk kenderaan elektrik di Amerika Syarikat berikutan skandal di syarikat itu, yang mengakui menggunakan perisian haram untuk menipu ujian pencemaran.

Skandal menyebabkan Volkswagen didenda 30 bilion euro (RM149bil) selain kos memanggil balik kenderaan di seluruh dunia.

Menggunakan sel kenderaan elektrik dan pek bateri mengukuhkan Volkswagen sebagai salah satu pembuat kenderaan tradisional yang paling bercita-cita tinggi dalam domain kenderaan elektrik, kata penganalisis Credit Suisse Dan Levy.

Tahun lalu, pembuat kereta itu mengatakan akan melabur AS$ 800 juta (RM3.5 bilion) untuk membina kenderaan elektrik baharu di kilang di Chattanooga.VOL

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button