Politik

Jika ikhlas perjuang rasuah kenapa membisu kes pemimpin PH digugurkan

BEKAS pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti itu menempelak Setiausaha Agong PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution yang hanya membisu selepas kes rasuah melibatkan seorang tokoh PH digugurkan.

Dalam satu kenyataan 10 orang bekas ahli Parlimen PKR termasuk Datuk Seri Azmin Ali berkata,keputusan pengguguran kes tersebut mengecewakan dan menggusarkan SPRM dan masyarakat awam.

“Sekiranya Saifuddin jujur dan ikhlas tentang kedaulatan undang-undang dan perjuangan melawan rasuah, mengapa dia terus menerus diam membisu tentang kes rasuah yang melibatkan seorang tokoh ternama kepimpinan PH yang tiba-tiba digugurkan tatkala perbicaraan sedang berjalan lancar? Suatu yang amat mengecewakan dan menggusarkan SPRM dan masyarakat awam,” katannya.

Mereka mengulas kenyataan Saifuddin Nasution baru-baru ini berkaitan tindakan Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengukuhkan lagi dakwaan ada usaha tersusun oleh kerajaan PN untuk menarik sokongan ahli-ahli parlimen pembangkang.

Nasution Ismail berkata, usaha itu termasuklah dengan cara umpan dan ugutan, menggunakan agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tuduhan bahawa PN menggunakan sogokan dan intimidasi untuk meraih sokongan Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan adalah tidak berasas sama sekali.

“Ahli-Ahli Parlimen ini melakukan penilaian objektif dan menyedari bahawa Kerajaan PN telah mengambil tindakan yang bertanggungjawab dalam menangani wabak tersebut dengan menyalurkan sejumlah RM320 bilion untuk kepentingan rakyat dan mencerdaskan ekonomi.

“Tuduhan-tuduhan ini merupakan serangan terhadap integriti SPRM dan polis. Kami memandang serius tuduhan menghasut secara terang-terang ini yang boleh menjejaskan kredibiliti institusi penguatkuasaan dan meminta tindakan undang-undang segera terhadap mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut mereka, Saifuddin Nasution yang begitu keras memimpin serangan ganas terhadap ketiga-tiga anggota Parlimen itu tidak memiliki kedudukan moral untuk menjuarai hujah berhubung melompat parti.

Saifuddin Nasution sendiri telah beberapa kali menjadi juara melompat dari UMNO ke PKR, kemudian dari PKR ke PAS dan seterusnya, dari PAS kembali ke PKR.

“Berbanding dengan YB Dato’ Dr. Xavier yang merupakan Naib Presiden PKR yang terpilih, kedudukan Saifuddin dalam parti adalah lemah kerana hanya sebagai seorang yang dilantik.

“Saifuddin tidak mempunyai legitimasi dan keabsahan dan kita fahami dia bersuara bagi pihak Anwar dalam situasi begini,” katanya.

Selain Azmin, kenyataan itu turut dikeluarkan secara bersama oleh Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Datuk Kamarudin Jaffar, Datuk Dr. Mansor Othman, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar, Datuk Ali Biju, Datuk Willie Mongin dan Jonathan Yasin.

Xavier merupakan ahli Parlimen PKR terbaharu meninggalkan parti itu selepas Larry Sng (Julau) dan Stephen Choong (Tebrau).-SM

 

(Visited 701 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button