Ekonomi

Viviantie Sarjuni Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Baharu INSKEN

CYBERJAYA, 1 JULAI 2025 – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Viviantie Sarjuni sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa hari ini.

Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam syarikat multinasional (MNC) dan agensi kerajaan, Viviantie membawa kepakaran luas dalam bidang teknologi, inovasi dan kreativiti. Beliau juga aktif dalam bidang keusahawanan sosial, termasuk menjalani pengkhususan selama satu tahun enam bulan di Scotland untuk mendalami ekosistem inovasi sosial di Eropah, serta pernah berkhidmat dengan syarikat di Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat selama empat tahun.

Sebelum menyertai INSKEN, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC). Kini, Viviantie turut berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi di bawah Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Presiden Alumni Chevening Malaysia bagi penggal 2024–2026.

Komitmen dan sumbangan beliau dalam bidang pembangunan sosial dan inovasi turut diiktiraf menerusi pelbagai anugerah berprestij, termasuk:

  • Kindness & Leadership: 50 Leading Lights In The Asia Pacific 2024
  • Wiki Impact: 100 Changemakers In Malaysia 2024
  • Sabah’s 100 Most Inspiring Women, dan pelbagai lagi.

Barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta seluruh warga kerja INSKEN mengalu-alukan pelantikan ini dan merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) atas sokongan terhadap lantikan tersebut.

Pelantikan Viviantie diharap akan memperkukuh tadbir urus serta memacu strategi pembangunan ekosistem keusahawanan negara, khususnya dalam membantu golongan usahawan mikro dan informal kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi yang mencabar.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button