Berita

Sultan Kelantan perkenan solat Jumaat 40 jemaah mulai Jumaat ini

SULTAN Kelantan Sultan Muhammad V perkenan pelaksaan solat Jumaat ditambah daripada 13 jemaah kepada 40 jemaah bermula Jumaat ini.

Menurut Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan Mufti Kelantan dan Kementerian Kesihatan.

Mohamad Rizam berkata, jemaah perlu terdiri daripada imam tua, imam muda, bilal, siak, ahli jawatankuasa masjid dan anak-anak mukim yang terpilih.

Pelaksanaan solat fardu Jumaat tersebut juga perlu mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.-SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button