Politik

Otai Reformis desak PM pecat Zuraida

PETALING JAYA – Otai Reformis 1998 mendesak Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad agar memecat segera Zuraida Kamaruddin daripada jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pertubuhan  bukan kerajaan (NGO) yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Dr Idris Ahmad itu mendakwa Zuraida yang juga Naib Presiden PKR telah berlaku biadap dan  tidak menghormati Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Zuraida biadap melampau dan terang-terangan mengingkari dan menghina presiden parti dan beberapa orang pemimpin parti dalam satu Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 8 Disember lalu.

“Kami juga mendesak PKR supaya memecat Zuraida daripada parti,” kata Dr. Idris.

Desakan itu turut disokong Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jingga 13, Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) dan Anak Reformasi bersama anggota akar umbi PKR.

Memorandum itu telah diserahkan kepada Pembantu Peribadi Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Zara Zahari.

Kumpulan itu turut mendesak agar Anwqr mwngambil tindakan disiplin terhadap  Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham.

Tindakan yang sama perlu diambil terhadap Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Pimpinan PKR Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Wanita PKR, Haniza Talha dan Exco PKR Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Bahardin.

“Kesemua enam pemimpin berkenaan telah ingkar dan tidak patuh kepada pucuk pimpinan parti apabila sengaja sabotaj meninggalkan Kongres Nasional 2019 di Melaka pada 7 Disember lalu tanpa sebarang alasan yang munasabah.

“Tindakan mereka ternyata tidak boleh dimaafkan dan tindakan tegas ke atas mereka wajar memandangkan mereka telah menjejaskan dan mencemarkan nama baik dan imej parti serta reputasi kerajaan Pakatan Harapan di mata rakyat.-SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button