Nasionalpilihan

PH, PN jadi tumpuan di Parlimen Pulai

Sudah dijangkakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada 9 September ini.

Selepas tamat tempoh penamaan calon pada pukul 10.00 pagi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hanya tiga calon iaitu dari Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon Bebas.

Tiga calon tersebut ialah Suhaizan Kayat dari Parti Amanah Negara (Amanah) mewakili Pakatan Harapan (PH).

Penyokong PH mengibar bendera mengiringi calon Suhaizan Kayat pada penaman calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

Beliau merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang juga Setiausaha Politik Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayob manakala PN pula meletakkan Zulkifli Jaafar manakala Samsudin Mohamad Fauzi bertanding atas tiket bebas.

Sementara itu Zulkifli adalah Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai dan Samsudin adalah Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL).

Sudah pasti tumpuan ke arah pertembungan antara Suhaizan dan Zulkifli apabila 167,108 pengundi Parlimen Pulai keluar mengundi pada 9 September ini.

Penyokong kuat PN tidak terkecuali mengiringi calon Zulkifli Jaafar di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

Suhaizan menghantar kertas penamaan pada pukul 9.02 pagi, diikuti Zulkifli kira-kira pukul 9.04 pagi dan Samsudin pada pukul 9.08 pagi.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Sementara itu Suhaizan berkata, penampilannya kali ini adalah percubaan kali ketujuh beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan berharap pengundi akan memberi kemenangan kepada beliau.

“Saya amat berterima kasih atas sokongan diberikan pucuk kepimpinan parti-parti komponen dalam PH yang mengiringi perarakan ke Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim ketika menyerahkan borang pencalonan.

“Saya lebih bersemangat dan yakin, percubaan kali ketujuh ini akan berakhir dengan kemenangan, kita akan berusaha mendapatkan kemenangan dengan majoriti meyakinkan.

“Ini merupakan pertama kali dalam sejarah Johor, dua gabungan politik besar iaitu PH dan BN bekerjasama untuk berdepan PRK kali ini,” ujarnya ketika ditemui selepas penamaan calon PRK Parlimen Pulai di sini hari ini.

Dalam PRU15 November lalu, Allahyarham Salahudin memenangi kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 20,989 undi mengalahkan calon BN, Datuk Nur Jazlan Mohammed yang mendapat 23,026 undi dan calon PN, Loh Kah Yong yang meraih 14,432 undi.

Sementara itu calon PN, Zulkifli berkata, beliau mahu menjadikan isu rakyat setempat sebagai tumpuan utama sepanjang tempoh berkempen bermula hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai menegaskan, sebagai anak kelahiran Tampoi ia memberi kelebihan kepadanya untuk berdamping dan mendekati pengundi dalam kalangan masyarakat setempat.

“Sepanjang tempoh berkempen selama 14 akan saya manfaatkan sebaiknya bersama jentera parti mengikut kawasan bagi memastikan setiap suara penduduk didengari dan pengundi percaya terhadap PN,” ujarnya. – SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button