KesihatanPenyakit

Virus terbaharu: Selesema tomato sama seperti Covid-19

BELUM habis kisah virus Covid-19 kini timbul pula virus baharu yang melanda di India yang mana kes tersebut dicatatkan pada 6 Mei lalu di Kerala.

Menurut laporan portal berita The Lancet, virus yang digelar demam tomato atau selesema tomato itu boleh melemahkan imunisasi malah ia juga boleh menjadi varian baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Virus tersebut diberi nama sedemikian berdasarkan letusan lepuh merah (seperti demam campak) dan membesar kepada saiz buah tomato.

Penyakit itu mengancam kanak-kanak dan boleh berlaku selepas seseorang kanak-kanak itu dijangkiti chikungunya atau demam denggi.

Selain itu virus tersebut turut merebak ke daerah Odisha yang melibatkan 26 kanak-kanak berumur antara satu hingga sembilan tahun.

Ciri-ciri atau simptom yang boleh dikenal pasti selesema tomato sama dengan chikungunya iaitu demam panas, ruam, sakit sendi dan keletihan melampau sama seperti yang tanda-tanda yang dialami oleh pesakit Covid-19.

Lebih teruk seseorang yang terkena selesema tomato turut mengalami bengkak sendi, loya-loya, cirit-birit dan dehidrasi.

Jangkitan ini senang terkena ke atas kanak-kanak seperti penggunaan lampin, menyentuh permukaan kotor dan memasukkan objek terus ke dalam mulut.

Jika ada pesakit yang mengalami gejala ini, dinasihatkan mengasingkan diri selama lima ke tujuh hari pertama supaya tidak dijangkiti.

Cara yang terbaik adalah mengekalkan kebersihan dan sanitasi terhadap keperluan kendiri.

Memandangkan virus ini mempunyai persamaan dengan HFMD, jika wabak selesema tomato pada kanak-kanak tidak dikawal maka penularan mungkin membawa kepada akibat yang serius dengan merebak kepada orang dewasa. – SM

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button