Analisis

Drama Fahmi Fadzil

KELMARIN tiktokers disajikan drama sebabak bagaimana Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil koyak dan sampai ke tahap mengugut untuk mengambil tindakan terhadap para pengunjung forum yang berlangsung secara langsung di TikTok itu.

Fahmi secara berseloroh berkata, semua akaun yang memberi komen jelek sedang dipantau dan jangan terkejut pihak berkuasa akan mengambil tindakan. Hinggakan beliau mengugut jangan terkejut jika terdapat kereta polis di hadapan rumah anda.

Tindakan Fahmi telah memicu reaksi pelbagai dan kebanyakannya negatif. Bagaimanapun drama yang dicipta oleh Fahmi itu hanyalah untuk menarik algoritma pelayar TikTok kepada beliau dan forum yang dikendalikan oleh TikTok Yanie.

Apabila orang mula memuat turun video dan mengedit dan memuat naik kembali ke TikTok mereka akan tercangkuk kepada algoritma dan pengendali forum berkenaan akan melombong data mereka.

Jadi apabila setiap kali forum berkenaan atau Fahmi bersiaran langsung di TikTok ia akan melalui garis masa individu yang telah terperangkap dengan algoritma itu.

Fahmi pula bijak sengaja melakukan provokasi terhadap pemegang akaun TikTok yang sedang laju naik pengikutnya iaitu Sir Azri.

Sir Azri ini apabila bersiaran langsung sentiasa menghentam kerajaan dan dengan melakukan provokasi itu pelayar Sir Azri yang besar juga tercangkuk kepada algoritma Fahmi.

Mengapa ini penting? Ia penting untuk memastikan mesej yang mahu disampaikan tidak hanya terbatas kepada satu kelompok sahaja iaitu pengikut PKR dan penyokong kerajaan sahaja. Dalam istilah komunikasi dipanggil gelembong komunikasi. Gelembong inilah yang gagal dipecah oleh kebanyakan orang yang melakukan komunikasi di dunia media sosial.

Umno Online dan Harakah Daily contohnya merasakan mereka mempunyai capaian yang besar, tetapi sebenarnya mereka terperangkap dalam gelembong komunikasi di mana hanya pihak yang menyokong gerakan masing-masing sahaja yang melihat dan dapat dicapai.

Suatu ketika dahulu menteri pengajian tinggi pernah bermain TikTok tetapi selepas dikecam, beliau hilang keberanian untuk meneruskannya. Bagaimanapun berlainan dengan Fahmi, beliau tahu dengan apa yang dilakukan dan kini ia telah menunjukkan hasil.

Semalam saya singgah di dalam forum langsung dan mendapati komen-komen pelayar lebih baik dan Fahmi menjelaskan pelbagai isu dengan baik tanpa perlu melakukan provokasi dan audien yang hadir juga besar.

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button